Cik Jija nak berkongsi kegembiraan....di saat-saat masalah persekolahan dan bas anak-anak belum settle, boss bagi tahu Cik Jija tak perlu ke Abu Dhabi. Lega! Kalau ikut arahan management nak hantar Cik Jija ke sana dalam 3-4 minggu sejak 31 Dec lagi sebab office di sana perlukan bantuan dan sokongan staff dari HQ, KL. Walaupun dah setahun Cik Jija tak ke sana dan terasa rindu dengan nasi beriyani Kambing power, dengan baklava, dengan pemandangan bangunan bersusun gridnya, dengan ragam Pak & Mak Arab, dengan ragam "expatriate" dari India, Pakistan, Indonesia, Filipino, Mat Salleh etc.... tapi hujan batu di negeri sendiri, dekat dengan keluarga, anak-anak....itu lebih berharga.
Kalau setakat 1-2 minggu ok lagi tapi nak sampai sebulan.....eeee tak boleh bayangkan kita yang perempuan, isteri dan ibu berjauhan dari keluarga lain lah kalau lelaki, suami dan bapa, dah resam lelaki yang berkelana jauh di perantauan mencari rezeki.
Pernah Cik Jija ke sana waktu bulan Ramadhan selama 2 minggu. Mula-mula seminggu aje kemudian kerja perlu dilanjutkan seminggu lagi. Berbuka bersama-sama rakan-rakan Malaysia di sana, tumpang pun di villa mereka. Ada juga yang bawa anak isteri. Satu yang seronok sikit, villa yang disewa berhampiran istana jadi setiap petang sebelum Iftar/buka puasa, lori dari istana akan mengagih-agihkan nasi beriyani ayam dan kambing kepada sesiapa saja yang datang beratur. Bekas makanan bawa sendiri, apa lagi kami bawa bekas paling besar yang kami ada. Memang nasi beriyani depa memang simple, tak ada kuah dhal atau kari atau gulai, tak ada acar atau jelatah, ayam dan kambing masak kukus dengan rempah, warna pun tak meriah macam beriyani kita macam-macam color ada....tapi kenapa memang sedap sangat walaupun makan nasi saja. Padan la rakan-rakan ku yang di sana bila balik.....macam di'pam-pam' badan.......Nasib Cik Jija dapat juga kawal nafsu makan.
No comments:
Post a Comment