Salam,
tak sempat nak corat coret apa-apa lagi sehingga sekarang, lega sikit. Ada yang bertanya tak sempat buat kek/cupcake sempena pembukaan tahun baru ni? Ada tu ada tapi tak sempat nak upload gambar-gambar tu. Dalam sesibuk macamana pun tang buat-buat kek ke cupcake ni masih sempat selit waktu....kalau dah suka.....sentiasa ada waktu untuknya.
Ni nak cerita pasal anak-anak naik sekolah, yang mana masuk daftar sekolah lain waktu lain hari, yang mana naik "darjat" dari rendah ke menengah dan yang mana masih di sekolah lama tapi perkhidmatan bas sekolah buat hal pulak. Jadi semenjak sekolah dibuka memang Cik Jija macam orang 'gila-gila' sikit, sampai kejar-kejarlah bas sekolah menanya ambik tak budak sekolah sekian-sekian, tinggalnya di sekian-sekian....Nak kata duduk di alamat yang nun di sinun jauh pendalaman tak ada jalanraya tak ada elektrik tak juga bahkan ditengah-tengah perjalanan jalan yang boleh kata keretapi, kapal air & kapal udara je yang tak boleh lalu......
Tapi ntah ngapa tiba-tiba perkhidmatan bas sekolah yang satu ni menamatkan perkhidmatan , ikut suka je buat aniaya budak-budak sekolah. Geram juga kita mana nak bekerja lagi kelam kabut hantar ambik budak sekolah. Cik Jija nekad kalau tak ada juga, tak tenteram hati kita bila nak berkerja, nak aje tukarkan sekolah pulak. Lebih baik bersekolah di tengah-tengah bandaraya KL, kata saja VI, CBN, St John.....ada pulak bas sekolah.......
Tak kan pulak disebabkan masalah yang kecil ni sampai Cik Jija buat keputusan yang mengejut semata-mata nak mengatasi masalah bas sekolah ni. Dalam hati dan kepala otak ni sentiasa memujuk diri sendiri supaya bersabar-sabar, ini ujian kecil je boleh diselesaikan......insyaallah. Kita kan "SuperMom", boleh punya. Kepada ramai di kalangan "SuperMom" out there, be strong we can do it!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment