Thursday, October 8, 2009

Two Tones Cup Cakes for Hari Raya












Sorry, the pics quality not so good, taken using my not so sophisticated handphone.

Graduation Celebration





Chocolate Cup cakes with buttercream frosting.....what a contrast. I love the two tone colours. Not only the "tudung" or "Selendang chiffon" with two or three tone colours but cup cakes frosting too.

CupCake for House Warming




BobBob BareBant







Seorang kawan menempah kek harijadi untuk anaknya, disaat akhir ditukarnya jenis dan designnya. Teringat ketika hero kecik Cik Jija 5-6 tahun lepas masa mengamuk (bak kata orang muda mudi la ni suka gilerrrr) pada Spongebob Squarepants dia sebut pelat BobBob Barebant, Cik Jija faham la tu Spongebob Squarepants......

Wednesday, September 9, 2009

Riang Ria Biskut Raya

Biskut-biskut yang sempat dibuat.....ada tu adunannya memang tak banyak. Gambar tak berapa terang, agak kabur sebab diambil menggunakan handphone, ada masa nanti upload dari kamera.
Biskut Chocolate Chips Jeena's
Biskut Chocolate Chips Smarties
Biskut Homemade Mini Oreo
Biskut "Shrek 3"

Wednesday, September 2, 2009

Samperit Dahlia East Meet West

Semalam sempat buat biskut ni....sebenarnya resepi dari website matsalleh cookies red rose tapi entah macamana macam tak confident jer jadi so "dikahwinkan" dengan resipi Samperit Mak Lang. Hasilnya sedap, beza cookies tu tak de tepung kastard dia guna corn starch & tepung kek jer. Untuk hasil bau/aroma lebih dramatik lagi masukkan orange flavor/oil, hmmmm......semerbak haruman limau.

Tuesday, September 1, 2009

Hari Ini?

Alhamdulillah, tarikh ini muncul lagi dalam hidup Cik Jija ni. Cuma mendoakan Allah sentiasa memberi barakah dalam kehidupan dan bahagia bersama keluarga dan sanak saudara.




Hujung minggu Merdeka habiskan masa selepas berbuka dengan membuat biskut Monster Cookies M & M & Nutty Choc Chips with Oats ala Famous Amos ( 2 adunan). Hmmm semua menu biskut ni memenuhi permintaan budak-budakla. Biskut selera orang tua belum lagi terfikir nak buat apa.




Thursday, August 27, 2009

Salam Ramadhan

Alhamdulillah!
Dipanjangkan umur & diberikan kesihatan yang baik, ramadhan muncul lagi....setiap kali ramadhan tiba nostalgia lama terasa segar diingatan. Dari zaman kanak-kanak yang suka curi-curi makan, ke zaman remaja, dewasa dan kini nak masuk senja.....banyak kenangan tak manis yang pahit lama kelamaan manis jadinya.

Lama tak update laman masak2 ni...ada tempahan kek dan cup cake tapi tak ada masa nak upload gambar dan ada tu terlalu terkejar2 sampai gambar pun lupa nak snap. Ada juga yang nak menempah kek dan cupcake, ada juga tempahan tu ditolak sebab tuntutan kerja pejabat yang wajib patut didulukan. Bila terlalu banyak kerja di pejabat sehingga balik lewat malam, sabtu dan ahad membuatkan berat untuk memenuhi tempahan. Baki masa yang tinggal hanya untuk anak-anak dan suami.
Ada juga gambar tempahan cupcake yang sempat diambil.......






Thursday, May 7, 2009

Hi! Lama Tak Bercerita

Salam,
Cik Jija nak bagi tau ni, selama sebulan yg lalu dan untuk bulan Mei ini, Cik Jija teramat sibuk sesangat. Ada projek khas (kerja pejabat) yang menjadikan Cik Jija teramat sibuk sehingga bila balik ke rumah yang ada berlegar di dalam otak hanya untuk bersantai depan TV dan meninjau-ninjau anak-anak mengulangkaji pelajaran. Cewah macam askar peninjau aje.....Dapur??? Alhamdulillah ok dah tu....datang angin dia ok, ok la dia. Ini pun Cik Jija dalam pertimbangan untuk dihantar ke Miri buat seketika untuk membantu project team di sana. Kita ni kekadang ala-ala rescuer la, tapi kerja kita sendiri siapa nak rescue.......balik-balik akak jugak......

Thursday, April 2, 2009

Dapur Ku Buat Hal

Salam,
lama laman ni dibiarkan kesunyian.....Ha..ha... kadang tu kita terasa kesunyian tapi cuma tak dapat ditafsirkan apakah yang menyebabkannya.....kekadang tu baru perasan laa.....rupanya dah lama tak bershopping beli barang kesukaan sendiri. Iya la kita-kita ni kan kaum ibu & isteri, bila berjalan selalu berbelanja mendahulukan orang tersayang . Nampak baju kemeja cantik...hmmmm kalau "orang rumah" pakai untuk ke pejabat ni mesti segak, nampak baju anak-anak yang cantik mesti terbayang betapa comelnya anak-anak kita bila melawa dengannya, bila nampak makanan/kudapan kesukaan mereka mesti bawa balik sebagai ole-ole pasti mereka menyambut kita dengan x-tra sorak ria. Yang paling seronok puas hati apabila mereka mengucapkan terima kasih pada kita...kembang berbunga bibir bersimpul-simpul muncung gembira.
Alahai, menyimpang jalan pulak! Sebenarnya nak mengadu , aku kecewa dapur ku buat hal. Semalam bakar kek, ngapa lambat benar nak masak ni. Dah lama bakar tapi macam bantat mentah, tunggu punya tunggu dok lagu tu. Frust! Hai tak kan aku salah resepi, betul dah resepi kek bukan bengkang (bingka) tadi. Akhir sekali....belek punya belek, kelebek punya kelebek mak oiii api gasnya lip lap lip lap......ahhhh gelap pandangan mataku......"kau buat hal ya"......mengapa demam ke, merajuk ke, mogok ke, annual leave ke, ke kau EL ni, nak MC ke....hahhhh hopitalisation?????

Thursday, March 19, 2009

Andai Ku Tahu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

- Lagu kumpulan Ungu

Sebenarnya dah lama Cik Jija nak postkan lirik ni sebab....Bila dengar sekali lalu tak melekat dihati tapi bila berseorangan Ya Allah baru terasa lirik-lirik dia WOW....menyentuh kalbu, boleh menitik airmata (kita orang perempuan sekental mana, sekeras mana, tumpah juga airmata, gugur menuruni pipi). Inilah salah satu lagu kegemaran Cik Jija sebagai peringatan kita manusia menunggu masa untuk "dijemput". Bukan nak memuji bakat seberang tapi ada ke lagu-lagu tempatan selain nasyid la yang lagunya mempunyai lirik sebegini.....

Muzik rock tapi lirik lagu yang memimpin kita mencerminkan diri. Orang yang insaf selalu menjadikan cermin diri sebagai sahabat. Tapi kita bercermin tu hanya nak tengok muka dah timbul kedut baru ke, rambut tambah uban ke, cantik berdandan ke, segak bergaya ke . Sedarkah kita bila kita bercermin melihat zahir kita mempu menembus hingga ke batinnya.......? Orang yang jarang "bercermin" bagi Cik Jija adalah orang yang melengah-lengahkan keinsafan pada diri. Dia tahu dia perlu insaf dan taubat tetapi kenapa dia melengah-lengahkannya? Apakah yang ditunggu-tunggu supaya "POW" terkena ke batang hidung, terkena musibah, terkena kemalangan, terkena bala, terkena apa-apa yang buruk berlaku pada dirinya atau orang-orang yang hampir dengannya baru nak insaf & taubat. Kan rugi lagi bodoh orang itu. Entahlah sukar untuk Cik Jija mengertikan kepelikan sikap manusia.

Kita patut berterima kasih apabila kita diberi peluang untuk membetulkan kesilapan, rebut peluang dan masa yang ada untuk membetulkan apa-apa yang tidak betul, memohon ampun dan maaf tidak merugikan sesiapa pun tidak kirala kita betul atau salah. Kalau nyata kebenaran dan kebatilan maka senanglah kita "menghukum" siapa salah siapa benar tetapi apabila kedua-duanya terlalu subjektif, terlalu kabur, sukar dizahirkan maka janganlah kita bertekak siapa yang salah atau betul. Mohon sajalah kemaafan dan keampunan tak rugi pun, tak perlu membayar apa-apa pun, kecuali kalau dah sampai tahap disaman di mahkamah....hmmmmm bayor aje la. Kekadang kita rasa kita betul tapi di sisi Allah cara kita pendekatan kita salah, kekadang kita rasa kita salah tapi disisiNya kita di atas landasan yang benar. Nak-nak lagi bila melibatkan soal hati, kejujuran dan keikhlasan. Siapa yang pandai menjangka bila tiba soal hati, sedangkan kita sendiri tak yakin akan keikhlasan hati kita setakat mana. Kita kata ikhlas tetapi ada 0.001% dalam hati kita timbul persoalan meragu-ragukan keikhlasan kita sendiri, ikhlaskah itu? Hanya Allah saja yang tahu.

Cute Cuppies

The cute cuppies (baby size) was ordered by a friend for her child's birthday.

Tuesday, March 17, 2009

Tempahan Daripada Teman Pejabat



Tempahan Cik Murni

Salam,
Ini tempahan cupcake daripada Cik Murni.....dah lama dah dia tempah tapi Cik Jija baru sempat nak masuk posting. Temanya kuning & pink tapi Cik Jija saja gatai tambah hijau nak bagi meriah sikit. Harap-harap masa hari tu dia suka la. Bukan cupcake saja ditempahnya....sekali dengan carrot cake.

CupCake

Ada gambar tengokla sendiri..............






Kek Hantaran



Ni dia kek yang Cik Jija buat.....ketaq-ketaq tangan nak buat takut tak menjadi. Alhamdulillah orang kata okayla bagi Cik Jija yang amatur ni......




Monday, March 16, 2009

Kompang Berbunyi Sakan Lagi

Salam,
Bila cuti sekolah maka kompang berbunyi sakan lagi......itu selalunya di kawasan-kawansan luar Kuala Lumpur ataupun Selangor. Di KL @ Selangor majlis kahwin tak kira cuti sekolah atau senang cerita tak kira masa, hari, bulan.....hari Sabtu atau Ahad sering ada majlis kahwin. Ada juga majlis dibuat pada hari bekerja. Mungkin terpaksa bersaing atau beri peluang/ruang untuk kawasan-kawasan di luar KL/Selangor (di kampung la) mengadakan majlis kahwin supaya tidak bertembung.......
Cik Jija baru saja pulang(semalam la) dari Selama, Perak, menghadirikan majlis kahwin adik ipar lelaki.....hujung minggu yang mendatang ni pulak majlis sambut menantu di Pahang.......Cik Jija sempatlah menyiapkan kek hantaran dari pihak lelaki. Punyala berdebar-debar hati, mana taknya nak bawa kek berising tu berpejalanan jauh dan tidur semalam di Taiping. Pernah dengar cerita kek tergelincir???? Bukan gerabak keretapi aje yang boleh tergelincir atau tanah boleh slide. Silap haribulan kek berhias buttercream pun boleh slide....drift? Ala-ala gitu la. Fondant? Kan senang kalau buat fondant je.....senang tapi rumit bagi kita la yang bertatih ni. Tapi alhamdulillah kek selamat keadaannya sepertimana asal. Kebetulan cuaca juga membantu.....Taiping, memang terkenal dengan hujannya yang menyejukkan suasana. Kek tu seolah-olah kena frost dalam fridge.
Nanti senang-senang Cik Jija uploadkan gambarnya....harap-harap cikgu-cikgu Cik Jija bangga dengan hasil usaha Cik Jija yang tak seberapa itu tapi "perfection starts from practice without fail".......

Thursday, March 5, 2009

Lama tak "jumpa"

Salam,
lama juga laman blog ni sunyi....tak dikemaskini nasib tak bersawang. Kalau ianya realiti bukan virtual dah nampak spider web tu......Cik Jija sibuk la dengan kerja pejabat, dengan hal sendiri lagi tak terkejar masa rasanya berputar laju. Kita kena kejar masa, masa memang tak tunggu-tunggu lagi dah. Setiap detik itu unik, tersendiri, setiap detik tu sejarah terlakar. Kalau orang yang kental, bijak mengurus masa, dia bijak mengatur sejarahnya sendiri. Iya la dengan merancang dan ikut apa yang dirancang......setiap kejadian yang berlaku seperti dirancang itulah kejayaan peribadi kita melakar sejarah itu.....He..he....he... sekali sekala berperasan seperti penulis......kita semua penulis cuma berlainan kategori....kalau bukan penulis itu buta huruf namanya.....
Minggu lepas merupakan minggu yang cemas untuk Cik Jija....iyala kita ni orang perempuan apabila ada "kejadian rupa bentuk" yang agak meragukan cepat-cepatlah bertindak. Itu yang Cik Jija alami.....sebenarnya memang dah lama nak lakukan mamogram tetapi memandangkan mendengar saja apa orang kata tanpa mengetahuinya daripada orang yang benar-benar arif tentangnya telah melengah-lengahkan niat tu. Kata orang ujiannya menyakitkan, ada yang kata 2 minggu sebelum ujian kita tidak dibenarkan 'berdeodoran' dan berwangi-wangian. Ish...ish... larat ke orang disekeliling kita menahan bau-bauan kita. Bila kita berpeluh tak banyak sikit memang mengeluarkan bau tetapi tahap mana kepekatan bauan itu tergantung pada individu. Tapi memang lucukan semua pantang larang tu, tetapi bila kita melaluinya sendiri.....ok aje tak ada apa yang menyakitkan sangat tu, tidak ada pantang larang tu.
Alhamdulillah, Doktor kata tidak ada apa-apa yang "ganjil" atau tanda-tanda mencurigakan. Ahhhh lega, Ya Allah terima kasih. Kita orang perempuan dalam kepala otak sentiasa berfikir nun jauh ke depan....semua kemungkinan terpampang depan mata, membayangkan apa akan terjadi. Bukan berdoa ianya terjadi tetapi lebih kepada persediaan diri dengan segala kemungkinan yang ada, kemudian kita akan merancang apa-apa tindakan yang perlu, merancang Plan A, B, C.......Mana lah tidaknya orang perempuan ni ramai yang diserang penyakit kritikal walaupun purata jangkahayat kita ni lebih lama dari kaum lelaki......Hmmmmm yang bagi orang perempuan ni banyak penyakit ni datangnya dari masalah kaum lelaki juga......

Friday, February 13, 2009

Terakhir Di Restoran Tasik Raban?

Salam,
Pada Sabtu lepas 8 Feb, Cik Jija ke Lenggong bersama seorang kawan. Kami ke sana ambil anak Cik Jija yang akan bertukar maktab. Maka berjanjilah kami untuk berjumpa dengan seorang kawan yang berkerja di Penang ni. Iya la selepas ni apa lagi alasan Cik Jija untuk ke Restoran Ikan Bakar Tasek Raban yang sedap-sedap masakan kampungnya....kegemaran Cik Jija ikan pekasam yang dijamu di situ. Kalau menjengah anak di Lenggong, restoran inilah tempat makan kegemaran kami anak beranak......mungkin hari itu merupakan hari terakhir Cik Jija menjamu di situ. Selepas ni saja-saja nak datang menjamu selera di sini memang agak sukar agaknya. Bawa la Cik Keena dari Kuala Lumpur merasa masakan di restoran ni sambil menyelam minum air berjumpa Cik Gee Penang kita. Cik Wan Kembang last minute tak dapat ikut serta........Kami makan dan sembang-sembang sepuasnya sampaikan anak-anak kecil dah merengek dan mulai buat hal masing-masing. Dalam hati mereka mungkin berkata apa hal la makcik-makcik ni dengan mak kita sembangkan tak habis-habis.......

Wednesday, February 11, 2009

Salam,
Kek fondant dengan "marble effect" warna pink "jambu"....



Tuesday, February 3, 2009

Kek, kek dan kek.....

Salam,
ha dalam sibuk-sibuk, penat dan terkejar-kejar, hasrat Cik Jija kesampaian juga bila dapat sertai kelas/bengkel hias kek Cikgu Zati di Pekan masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Puas? Memang puas hati dan berbaloi belajar dengan Cikgu Zati ni. Dengan kesabaran, dengan ramah, dengan ilmu yang dicurahkan oleh Cikgu Zati ni.....haaaaaa berupa bentuk cantik bunga ros Cik Jija. Dia punya concern tu samada kita dapat buat ke tidak memang terpancar pada mukanya, risau kalau student tak faham. Kalau kita senyap lagi dia risau. Memang pengalaman yang menyeronokkan.....entah lah Cikgu Zati tu seronok ke dapat saya jadi student. Iya la kita ni kadang tu "slow" juga tapi berjaya "catch up" juga. Asal tak memeningkan kepala otak Cikgu Zati kira oraitla tu. Makan untuk student sedia terhidang dan istimewa! Nak tahu apa dan kenapa kena pi belajaq dengan dia.....Cik Jija dapat title "Pah Zah"....apa-apa je la.


Kawan-kawan dan kenalan kalau nak menempah kek pada Cik Jija bolehla.