Friday, February 13, 2009

Terakhir Di Restoran Tasik Raban?

Salam,
Pada Sabtu lepas 8 Feb, Cik Jija ke Lenggong bersama seorang kawan. Kami ke sana ambil anak Cik Jija yang akan bertukar maktab. Maka berjanjilah kami untuk berjumpa dengan seorang kawan yang berkerja di Penang ni. Iya la selepas ni apa lagi alasan Cik Jija untuk ke Restoran Ikan Bakar Tasek Raban yang sedap-sedap masakan kampungnya....kegemaran Cik Jija ikan pekasam yang dijamu di situ. Kalau menjengah anak di Lenggong, restoran inilah tempat makan kegemaran kami anak beranak......mungkin hari itu merupakan hari terakhir Cik Jija menjamu di situ. Selepas ni saja-saja nak datang menjamu selera di sini memang agak sukar agaknya. Bawa la Cik Keena dari Kuala Lumpur merasa masakan di restoran ni sambil menyelam minum air berjumpa Cik Gee Penang kita. Cik Wan Kembang last minute tak dapat ikut serta........Kami makan dan sembang-sembang sepuasnya sampaikan anak-anak kecil dah merengek dan mulai buat hal masing-masing. Dalam hati mereka mungkin berkata apa hal la makcik-makcik ni dengan mak kita sembangkan tak habis-habis.......

2 comments:

Mycuppycupcake ® said...

salam kenal. sy pun selalu jgk singgah mkn kat situ bila hantar ank balik gerik. tp bila ank dah tukar sekolah, x dpt lg nk rs ikan bakar & masakan kampung situ. miss sgt2 & x tau bila dpt pegi lg.

Azizah said...

Betul tu baru2 ni nak ke Selama, ajak org rumah singgah kat situ.....tapi biasala jauhla, rugi masa la. Org lelaki bukan macam kita.....memang rindu dgn pekasamnya