Assalamulaikum,
Alahai......mengeluh dan masih geram lagi. Apa taknya, terfikir Cik Jija macamana nak jadikan Malaysia bersih. Bersih banyak macam bersih tapi ini bersih yang paling asas, kebersihan dari sampah sarap. Geram dari malam semalam masih panas lagi ni. Malam semalam Cik Jija dan suami hantar anak ke klinik. Selesai ambil ubat segalanya tu, Cik Jija dan anak tunggu di luar klinik dulu sementara suami selesaikan bayaran.
Masa menunggu tu terserempaklah di depan mata seorang ibu dan anak ni yang baru sahaja membeli makanan segera yang tidak jauh dari situ. Dengan selambanya si ibu membuang bungkusan kertas dan plastik makanan ke atas jalan. Cik Jija siap lagi menyapanya dengan bunyian...."heiiiiiii" tidaklah kuat tapi setakat boleh didengar olehnya. Tapi dia buat tak dengar....pekak agaknya. Cara dia membuang sampah tu macam tidak ada perasaan sorok atau malu atau berat hati tetapi entah tak tahu nak kata. Padahal tong sampah tidak jauh dari situ. Kalau dibuangnya sampah tu ke dalam longkang Cik Jija boleh terima lagi walaupun nanti longkang tersumbat (dengan harapan ada pekerja majlis yang akan membersihkannya) tapi sikap selamba tidak apa dan dengan bangga membuang sampah yang Cik Jija gerammmm. Dan lebih menyakitkan hati, pakaian si ibu, gaya dan kereta yang dipandu tu bukan calang-calang tapi malang sikapnya macam orang tidak bertamadun langsung!!!!!!
No comments:
Post a Comment