Friday, February 13, 2009

Terakhir Di Restoran Tasik Raban?

Salam,
Pada Sabtu lepas 8 Feb, Cik Jija ke Lenggong bersama seorang kawan. Kami ke sana ambil anak Cik Jija yang akan bertukar maktab. Maka berjanjilah kami untuk berjumpa dengan seorang kawan yang berkerja di Penang ni. Iya la selepas ni apa lagi alasan Cik Jija untuk ke Restoran Ikan Bakar Tasek Raban yang sedap-sedap masakan kampungnya....kegemaran Cik Jija ikan pekasam yang dijamu di situ. Kalau menjengah anak di Lenggong, restoran inilah tempat makan kegemaran kami anak beranak......mungkin hari itu merupakan hari terakhir Cik Jija menjamu di situ. Selepas ni saja-saja nak datang menjamu selera di sini memang agak sukar agaknya. Bawa la Cik Keena dari Kuala Lumpur merasa masakan di restoran ni sambil menyelam minum air berjumpa Cik Gee Penang kita. Cik Wan Kembang last minute tak dapat ikut serta........Kami makan dan sembang-sembang sepuasnya sampaikan anak-anak kecil dah merengek dan mulai buat hal masing-masing. Dalam hati mereka mungkin berkata apa hal la makcik-makcik ni dengan mak kita sembangkan tak habis-habis.......

Wednesday, February 11, 2009

Salam,
Kek fondant dengan "marble effect" warna pink "jambu"....



Tuesday, February 3, 2009

Kek, kek dan kek.....

Salam,
ha dalam sibuk-sibuk, penat dan terkejar-kejar, hasrat Cik Jija kesampaian juga bila dapat sertai kelas/bengkel hias kek Cikgu Zati di Pekan masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Puas? Memang puas hati dan berbaloi belajar dengan Cikgu Zati ni. Dengan kesabaran, dengan ramah, dengan ilmu yang dicurahkan oleh Cikgu Zati ni.....haaaaaa berupa bentuk cantik bunga ros Cik Jija. Dia punya concern tu samada kita dapat buat ke tidak memang terpancar pada mukanya, risau kalau student tak faham. Kalau kita senyap lagi dia risau. Memang pengalaman yang menyeronokkan.....entah lah Cikgu Zati tu seronok ke dapat saya jadi student. Iya la kita ni kadang tu "slow" juga tapi berjaya "catch up" juga. Asal tak memeningkan kepala otak Cikgu Zati kira oraitla tu. Makan untuk student sedia terhidang dan istimewa! Nak tahu apa dan kenapa kena pi belajaq dengan dia.....Cik Jija dapat title "Pah Zah"....apa-apa je la.


Kawan-kawan dan kenalan kalau nak menempah kek pada Cik Jija bolehla.



Corat Coret Pembuka Tahun Yang Masih Meletihkan..........

Salam,
Lama Cik Jija tak menjengah-jengah ke laman 'posting' ni, kemaskini cerita. Terlalu banyak cerita dan pengalaman yang berlaku pada Cik Jija dan kesemuanya pantas berlaku.....zuppppp dan zappppp. Tapi yang penting apa pengajaran dan hikmah dibelakangnya .........kita perlu ambil iktibar, muhasabah diri, kita diberi peluang bernafas maka dengan peluang itulah kita rebut untuk menginsafi diri sesungguhnya Allah Maha pengasih Maha penyayang. Kenapa perlu takut memohon keampunan dariNya, kenapa perlu malu meminta belas kasihNya. Allah tidak pernah memalingkan diriNya ketika kita memerlukanNya. Kita inilah yang sentiasa menjauhkan diri, meninggikan diri, meletakkan diri sendiri jauh terasing dari jangkauanNya yang Maha mendengar dan Maha pengampun.

Alhamdulillah dapat juga tukarkan sekolah anak, lega dah satu bab. Yang sulung tu akan bertukar maktab ke Muar (hmmmmmm boleh Cik Jija makan puas-puas mee bandung Muar yang popular tu). Hajatnya nak ke Taiping tak kesampaian, tidak mengapa Nak, mana-mana pun tempat belajar pokok pangkalnya diri kita sahaja yang menjadi penhalang kejayaan sendiri. Sabar, tekad dan usaha.........ingat " kita hampir ke situ".

Jika halangan menduga
Perjalanan Kita
Janganlah Kau putus asa
Kerana aku sentiasa di sisi
Setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ......