Sunday, December 28, 2008

MAAL HIJRAH 1430

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430
BERSYUKUR KE HADRAT NYA ATAS NIKMAT HIDUP
GUNAKAN PELUANG YANG DIBERIKAN SEBAIK-BAIKNYA

Steamed Buttercream Cake

Practice!!!
Not satisfied with the outcome, never give up..........


Chocolate Moist Buttercream Cake

Happy Birthday !!!!

Thursday, December 25, 2008

Steamed Buttercream Cake

Salam,
Dah belajar dengan "Cikgu" Liana kena praktis juga......tapi hasilnya Cik Jija tak puas hati kena buat lagi ni.....






Hello Yellow













CupCake With GumPaste

Salam,
Semalam, sempat siapkan cupcakes chocolate flavor with vanilla buttercream frosting dengan hiasan bunga gumpaste.....beli di BWY je...

CupCakes

Salam,
Tried using green colour theme, not bad at all......

Sunday, December 14, 2008

MeatBall Spaghetti

Salam,

Malam Sabtu lepas.........., (semalam la)maafla posting Cik Jija ni tunggang langgang harinya. Mana yang sempat terfikir itu yang Cik Jija tulis dan post. Ini penangan tengok channel "afc" (Astro 703), saluran kegemaran sekeluarga bila mana kesemua saluran baik RTM ke, TV3 ke atau lain-lain saluran Astro yang membosankan (pelikkan dalam banyak-banyak saluran dan rancangan tak ada satu pun yang menarik.....)Dua tiga hari yang lepas rancangan "Chef at Home" tunjuk cara-cara masak spaghetti meatball. Anak sulung Cik Jija yang selera makannya boleh tahan (kita yang tengok tak tahan kenyangnya)minta buatkan meatball spaghetti tetapi memandangkan majoriti isi rumah lebih suka ayam dari lembu so Cik Jija buat Chicken meatball. Resepi? Ala agak-agak ingat macam dalam tv itu orait la tu.
Bahan-bahan (kalau nak sedap dan cepat beli aje kat kedai tak usah menyusahkan diri je)
1 cawan serbut roti
1 cawan susu UHT
2-3 cawan daging ayam cincang
1 biji/labu bawang besar - dadu atau parut
2-3 biji bawang putih
2-3 pucuk daun sup & bawang (optional tapi kalau letak lagi ummmpppph)
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1 sudu kecil serbuk "nutmeg" (buah pala kan (?))- orang kampung saya orang Italy cakap kalau letak serbuk ni memang terangkat rasa dia, mama mia.....
1 biji telur ayam - ambil kuning saja
Keju Parmesan parut
Garam secukup rasa
1 botol sos spaghetti (paling popular kat Malaysia ni "Prego")
Yang penting spaghetti tu jangan lupa rebus ya.
Cara-cara:-
1. Serbuk roti digaul bersama susu dan biarkan
2. Danging cincang digaul dengan bawang merah, bawang putih, serbuk pala, lada hitam, dedaun, kuning telur dan garam. Biarkan sebati kemudian masukkan adunan serbuk roti tadi. Gaul hingga sebati. Jika adunan lembik tambah serbuk roti supaya senang kita nak "bola"kan dia.
3. Kemudian gorengkan dalam kuali dengan minyak yang sedikit, balik-balikkan bebola tadi supaya rata. (kalau nak senang leperkan sedikit bebola tadi supaya cepat masak la...kalau nak cepat tapi kalau suka lambat-lambat banyak masa kekalkan bentuk bola yang bulat tu).
4.Bila bebola (atau pun bola leper tadi) dah agak-agak masak masukkan satu botol sos spaghetti dan biarkan masak secukup rasa.
5. Bila dah masak hidangkan bersama-sama mee spaghetti (rebus tak spaghetti tadi) dan taburkan parutan keju. Siap boleh makan.
6. Ada apa-apa lagi ke yang Cik Jija lupa tu, pandai-pandai la sendiri siapkan ye.

Steamed Buttercream Cake

Salam,

Petang tadi Cik Jija sempat meluangkan masa belajar 3 tier steamed buttercream cake.Sesuai untuk dibuat kek hantaran. Nampak mudah tapi seksa bagi Cik Jija yang memang "hijau" dalam arena masakan dan hiasan kek. Macam nak "pitam" juga la nak siapkan kek ni, tapi memang menyeronokkan bila tengok hasilnya. Tidak la cantik dan sempurna, itu dah tahap pro.....Cik Jija ni tahap "gaban" a.k.a mengelabah juga la. Mana nak tuang buttercream pada masa yang sama nak kena ketuk/hentak supaya rata ........nasib baik Cik Jija tak keluarkan tangan sotong Cik Jija mesti "Sifu" tadi melompat terkejut dia. Iya la buat kerja ni kena cekap, kaki tangan kena pantas.......Ok la semangat ni nak perbaiki skill......

Oh ya, semalam sebelum Cik Jija ke kelas borak-borak dengan anak-anak. Cik Jija kata la hajat nak belajar buat sendiri bunga hantaran dulang, bunga dip. Cik Jija cakap nanti anak-anak Cik Jija nak kahwin Cik Jija nak buat sendiri untuk hantaran, kek, bla...bla.....Hero kecik Cik Jija dengan nada selamba dia sambil menekan-nekan butang PSP nya......"bagusla dapat ibu yang macam ni........." Terus berderai ketawa Cik Jija dengar komen ikhlas dia....hai ada juga orang yang nak puji dan ambil hati mama dia........





Choc Chip CupCake

Assalamualaikum,

Jumaat lepas Cik Jija sempat cuba resipi baru yang diambil dari internet la.....cupcake with choc chip filling. Beli 500 grams.....cuba buat sikit adala dalam separuh digunakan ke dalam cupcake yang separuh lagi????Biasa la bila buat kek ke cookies ke yang mana-mana ada chocolate tu yang banyak rembatnya budak-budak memang "hantu" chocolate.......Kalau chocolate dalam stok peti ais habis, chocolate Cik Jija yang dibeli khas untuk stok buat kek atau kuih jadi mangsa. Tak kira la cooking chocolate ke, chocolate rice ke chips ke asal coklat. Kalau buat frosting chocolate siang-siang ada yang menempah extra frosting tu untuk diratah....nama pun budak........

Wednesday, December 10, 2008

CupCake Orders

Salam,
Lama tak hantar posting....sibuk dengan nak raya dan bercuti gamaknya. Sebelum bercuti sempat siapkan dua last minute order.

















CupCake Orders

Salam,
Selamat Hari Raya Qurban.........Sabtu lepas sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Raya Qurban, kami sekeluarga ke Kuala Terengganu untuk majlis kenduri Kahwin sepupu sebelah suami. Dari KL 7.00am, tiba di Kuantan 10.00am berehat 1 jam dan sambung perjalanan kami kira-kira jam 11.00am. Tiba di destinasi majlis kenduri jam 4.00pm, nasib rezeki lauk dan nasi minyak masih ada. Sepanjang perjalanan hujan tak berhenti sehingga ke malam hari.........Cik Jija sempat buat cup cake untuk dibawa pulang.................



Tuesday, December 2, 2008

CupCake For Kids

Salam,

The cupcakes were made and designed to satisfy my little hero.........My son he followed me to one of my favorite baking supply shop. He saw the cartoons character topper and asked me to buy for him the "Ultraman" and "Naruto" figures, actually he wanted more but sorry dear those two will do for you.....