Thursday, April 2, 2009

Dapur Ku Buat Hal

Salam,
lama laman ni dibiarkan kesunyian.....Ha..ha... kadang tu kita terasa kesunyian tapi cuma tak dapat ditafsirkan apakah yang menyebabkannya.....kekadang tu baru perasan laa.....rupanya dah lama tak bershopping beli barang kesukaan sendiri. Iya la kita-kita ni kan kaum ibu & isteri, bila berjalan selalu berbelanja mendahulukan orang tersayang . Nampak baju kemeja cantik...hmmmm kalau "orang rumah" pakai untuk ke pejabat ni mesti segak, nampak baju anak-anak yang cantik mesti terbayang betapa comelnya anak-anak kita bila melawa dengannya, bila nampak makanan/kudapan kesukaan mereka mesti bawa balik sebagai ole-ole pasti mereka menyambut kita dengan x-tra sorak ria. Yang paling seronok puas hati apabila mereka mengucapkan terima kasih pada kita...kembang berbunga bibir bersimpul-simpul muncung gembira.
Alahai, menyimpang jalan pulak! Sebenarnya nak mengadu , aku kecewa dapur ku buat hal. Semalam bakar kek, ngapa lambat benar nak masak ni. Dah lama bakar tapi macam bantat mentah, tunggu punya tunggu dok lagu tu. Frust! Hai tak kan aku salah resepi, betul dah resepi kek bukan bengkang (bingka) tadi. Akhir sekali....belek punya belek, kelebek punya kelebek mak oiii api gasnya lip lap lip lap......ahhhh gelap pandangan mataku......"kau buat hal ya"......mengapa demam ke, merajuk ke, mogok ke, annual leave ke, ke kau EL ni, nak MC ke....hahhhh hopitalisation?????

Thursday, March 19, 2009

Andai Ku Tahu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

- Lagu kumpulan Ungu

Sebenarnya dah lama Cik Jija nak postkan lirik ni sebab....Bila dengar sekali lalu tak melekat dihati tapi bila berseorangan Ya Allah baru terasa lirik-lirik dia WOW....menyentuh kalbu, boleh menitik airmata (kita orang perempuan sekental mana, sekeras mana, tumpah juga airmata, gugur menuruni pipi). Inilah salah satu lagu kegemaran Cik Jija sebagai peringatan kita manusia menunggu masa untuk "dijemput". Bukan nak memuji bakat seberang tapi ada ke lagu-lagu tempatan selain nasyid la yang lagunya mempunyai lirik sebegini.....

Muzik rock tapi lirik lagu yang memimpin kita mencerminkan diri. Orang yang insaf selalu menjadikan cermin diri sebagai sahabat. Tapi kita bercermin tu hanya nak tengok muka dah timbul kedut baru ke, rambut tambah uban ke, cantik berdandan ke, segak bergaya ke . Sedarkah kita bila kita bercermin melihat zahir kita mempu menembus hingga ke batinnya.......? Orang yang jarang "bercermin" bagi Cik Jija adalah orang yang melengah-lengahkan keinsafan pada diri. Dia tahu dia perlu insaf dan taubat tetapi kenapa dia melengah-lengahkannya? Apakah yang ditunggu-tunggu supaya "POW" terkena ke batang hidung, terkena musibah, terkena kemalangan, terkena bala, terkena apa-apa yang buruk berlaku pada dirinya atau orang-orang yang hampir dengannya baru nak insaf & taubat. Kan rugi lagi bodoh orang itu. Entahlah sukar untuk Cik Jija mengertikan kepelikan sikap manusia.

Kita patut berterima kasih apabila kita diberi peluang untuk membetulkan kesilapan, rebut peluang dan masa yang ada untuk membetulkan apa-apa yang tidak betul, memohon ampun dan maaf tidak merugikan sesiapa pun tidak kirala kita betul atau salah. Kalau nyata kebenaran dan kebatilan maka senanglah kita "menghukum" siapa salah siapa benar tetapi apabila kedua-duanya terlalu subjektif, terlalu kabur, sukar dizahirkan maka janganlah kita bertekak siapa yang salah atau betul. Mohon sajalah kemaafan dan keampunan tak rugi pun, tak perlu membayar apa-apa pun, kecuali kalau dah sampai tahap disaman di mahkamah....hmmmmm bayor aje la. Kekadang kita rasa kita betul tapi di sisi Allah cara kita pendekatan kita salah, kekadang kita rasa kita salah tapi disisiNya kita di atas landasan yang benar. Nak-nak lagi bila melibatkan soal hati, kejujuran dan keikhlasan. Siapa yang pandai menjangka bila tiba soal hati, sedangkan kita sendiri tak yakin akan keikhlasan hati kita setakat mana. Kita kata ikhlas tetapi ada 0.001% dalam hati kita timbul persoalan meragu-ragukan keikhlasan kita sendiri, ikhlaskah itu? Hanya Allah saja yang tahu.

Cute Cuppies

The cute cuppies (baby size) was ordered by a friend for her child's birthday.

Tuesday, March 17, 2009

Tempahan Daripada Teman Pejabat



Tempahan Cik Murni

Salam,
Ini tempahan cupcake daripada Cik Murni.....dah lama dah dia tempah tapi Cik Jija baru sempat nak masuk posting. Temanya kuning & pink tapi Cik Jija saja gatai tambah hijau nak bagi meriah sikit. Harap-harap masa hari tu dia suka la. Bukan cupcake saja ditempahnya....sekali dengan carrot cake.

CupCake

Ada gambar tengokla sendiri..............






Kek Hantaran



Ni dia kek yang Cik Jija buat.....ketaq-ketaq tangan nak buat takut tak menjadi. Alhamdulillah orang kata okayla bagi Cik Jija yang amatur ni......