Thursday, March 19, 2009

Andai Ku Tahu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

- Lagu kumpulan Ungu

Sebenarnya dah lama Cik Jija nak postkan lirik ni sebab....Bila dengar sekali lalu tak melekat dihati tapi bila berseorangan Ya Allah baru terasa lirik-lirik dia WOW....menyentuh kalbu, boleh menitik airmata (kita orang perempuan sekental mana, sekeras mana, tumpah juga airmata, gugur menuruni pipi). Inilah salah satu lagu kegemaran Cik Jija sebagai peringatan kita manusia menunggu masa untuk "dijemput". Bukan nak memuji bakat seberang tapi ada ke lagu-lagu tempatan selain nasyid la yang lagunya mempunyai lirik sebegini.....

Muzik rock tapi lirik lagu yang memimpin kita mencerminkan diri. Orang yang insaf selalu menjadikan cermin diri sebagai sahabat. Tapi kita bercermin tu hanya nak tengok muka dah timbul kedut baru ke, rambut tambah uban ke, cantik berdandan ke, segak bergaya ke . Sedarkah kita bila kita bercermin melihat zahir kita mempu menembus hingga ke batinnya.......? Orang yang jarang "bercermin" bagi Cik Jija adalah orang yang melengah-lengahkan keinsafan pada diri. Dia tahu dia perlu insaf dan taubat tetapi kenapa dia melengah-lengahkannya? Apakah yang ditunggu-tunggu supaya "POW" terkena ke batang hidung, terkena musibah, terkena kemalangan, terkena bala, terkena apa-apa yang buruk berlaku pada dirinya atau orang-orang yang hampir dengannya baru nak insaf & taubat. Kan rugi lagi bodoh orang itu. Entahlah sukar untuk Cik Jija mengertikan kepelikan sikap manusia.

Kita patut berterima kasih apabila kita diberi peluang untuk membetulkan kesilapan, rebut peluang dan masa yang ada untuk membetulkan apa-apa yang tidak betul, memohon ampun dan maaf tidak merugikan sesiapa pun tidak kirala kita betul atau salah. Kalau nyata kebenaran dan kebatilan maka senanglah kita "menghukum" siapa salah siapa benar tetapi apabila kedua-duanya terlalu subjektif, terlalu kabur, sukar dizahirkan maka janganlah kita bertekak siapa yang salah atau betul. Mohon sajalah kemaafan dan keampunan tak rugi pun, tak perlu membayar apa-apa pun, kecuali kalau dah sampai tahap disaman di mahkamah....hmmmmm bayor aje la. Kekadang kita rasa kita betul tapi di sisi Allah cara kita pendekatan kita salah, kekadang kita rasa kita salah tapi disisiNya kita di atas landasan yang benar. Nak-nak lagi bila melibatkan soal hati, kejujuran dan keikhlasan. Siapa yang pandai menjangka bila tiba soal hati, sedangkan kita sendiri tak yakin akan keikhlasan hati kita setakat mana. Kita kata ikhlas tetapi ada 0.001% dalam hati kita timbul persoalan meragu-ragukan keikhlasan kita sendiri, ikhlaskah itu? Hanya Allah saja yang tahu.

Cute Cuppies

The cute cuppies (baby size) was ordered by a friend for her child's birthday.

Tuesday, March 17, 2009

Tempahan Daripada Teman Pejabat



Tempahan Cik Murni

Salam,
Ini tempahan cupcake daripada Cik Murni.....dah lama dah dia tempah tapi Cik Jija baru sempat nak masuk posting. Temanya kuning & pink tapi Cik Jija saja gatai tambah hijau nak bagi meriah sikit. Harap-harap masa hari tu dia suka la. Bukan cupcake saja ditempahnya....sekali dengan carrot cake.

CupCake

Ada gambar tengokla sendiri..............






Kek Hantaran



Ni dia kek yang Cik Jija buat.....ketaq-ketaq tangan nak buat takut tak menjadi. Alhamdulillah orang kata okayla bagi Cik Jija yang amatur ni......




Monday, March 16, 2009

Kompang Berbunyi Sakan Lagi

Salam,
Bila cuti sekolah maka kompang berbunyi sakan lagi......itu selalunya di kawasan-kawansan luar Kuala Lumpur ataupun Selangor. Di KL @ Selangor majlis kahwin tak kira cuti sekolah atau senang cerita tak kira masa, hari, bulan.....hari Sabtu atau Ahad sering ada majlis kahwin. Ada juga majlis dibuat pada hari bekerja. Mungkin terpaksa bersaing atau beri peluang/ruang untuk kawasan-kawasan di luar KL/Selangor (di kampung la) mengadakan majlis kahwin supaya tidak bertembung.......
Cik Jija baru saja pulang(semalam la) dari Selama, Perak, menghadirikan majlis kahwin adik ipar lelaki.....hujung minggu yang mendatang ni pulak majlis sambut menantu di Pahang.......Cik Jija sempatlah menyiapkan kek hantaran dari pihak lelaki. Punyala berdebar-debar hati, mana taknya nak bawa kek berising tu berpejalanan jauh dan tidur semalam di Taiping. Pernah dengar cerita kek tergelincir???? Bukan gerabak keretapi aje yang boleh tergelincir atau tanah boleh slide. Silap haribulan kek berhias buttercream pun boleh slide....drift? Ala-ala gitu la. Fondant? Kan senang kalau buat fondant je.....senang tapi rumit bagi kita la yang bertatih ni. Tapi alhamdulillah kek selamat keadaannya sepertimana asal. Kebetulan cuaca juga membantu.....Taiping, memang terkenal dengan hujannya yang menyejukkan suasana. Kek tu seolah-olah kena frost dalam fridge.
Nanti senang-senang Cik Jija uploadkan gambarnya....harap-harap cikgu-cikgu Cik Jija bangga dengan hasil usaha Cik Jija yang tak seberapa itu tapi "perfection starts from practice without fail".......

Thursday, March 5, 2009

Lama tak "jumpa"

Salam,
lama juga laman blog ni sunyi....tak dikemaskini nasib tak bersawang. Kalau ianya realiti bukan virtual dah nampak spider web tu......Cik Jija sibuk la dengan kerja pejabat, dengan hal sendiri lagi tak terkejar masa rasanya berputar laju. Kita kena kejar masa, masa memang tak tunggu-tunggu lagi dah. Setiap detik itu unik, tersendiri, setiap detik tu sejarah terlakar. Kalau orang yang kental, bijak mengurus masa, dia bijak mengatur sejarahnya sendiri. Iya la dengan merancang dan ikut apa yang dirancang......setiap kejadian yang berlaku seperti dirancang itulah kejayaan peribadi kita melakar sejarah itu.....He..he....he... sekali sekala berperasan seperti penulis......kita semua penulis cuma berlainan kategori....kalau bukan penulis itu buta huruf namanya.....
Minggu lepas merupakan minggu yang cemas untuk Cik Jija....iyala kita ni orang perempuan apabila ada "kejadian rupa bentuk" yang agak meragukan cepat-cepatlah bertindak. Itu yang Cik Jija alami.....sebenarnya memang dah lama nak lakukan mamogram tetapi memandangkan mendengar saja apa orang kata tanpa mengetahuinya daripada orang yang benar-benar arif tentangnya telah melengah-lengahkan niat tu. Kata orang ujiannya menyakitkan, ada yang kata 2 minggu sebelum ujian kita tidak dibenarkan 'berdeodoran' dan berwangi-wangian. Ish...ish... larat ke orang disekeliling kita menahan bau-bauan kita. Bila kita berpeluh tak banyak sikit memang mengeluarkan bau tetapi tahap mana kepekatan bauan itu tergantung pada individu. Tapi memang lucukan semua pantang larang tu, tetapi bila kita melaluinya sendiri.....ok aje tak ada apa yang menyakitkan sangat tu, tidak ada pantang larang tu.
Alhamdulillah, Doktor kata tidak ada apa-apa yang "ganjil" atau tanda-tanda mencurigakan. Ahhhh lega, Ya Allah terima kasih. Kita orang perempuan dalam kepala otak sentiasa berfikir nun jauh ke depan....semua kemungkinan terpampang depan mata, membayangkan apa akan terjadi. Bukan berdoa ianya terjadi tetapi lebih kepada persediaan diri dengan segala kemungkinan yang ada, kemudian kita akan merancang apa-apa tindakan yang perlu, merancang Plan A, B, C.......Mana lah tidaknya orang perempuan ni ramai yang diserang penyakit kritikal walaupun purata jangkahayat kita ni lebih lama dari kaum lelaki......Hmmmmm yang bagi orang perempuan ni banyak penyakit ni datangnya dari masalah kaum lelaki juga......