Friday, February 13, 2009

Terakhir Di Restoran Tasik Raban?

Salam,
Pada Sabtu lepas 8 Feb, Cik Jija ke Lenggong bersama seorang kawan. Kami ke sana ambil anak Cik Jija yang akan bertukar maktab. Maka berjanjilah kami untuk berjumpa dengan seorang kawan yang berkerja di Penang ni. Iya la selepas ni apa lagi alasan Cik Jija untuk ke Restoran Ikan Bakar Tasek Raban yang sedap-sedap masakan kampungnya....kegemaran Cik Jija ikan pekasam yang dijamu di situ. Kalau menjengah anak di Lenggong, restoran inilah tempat makan kegemaran kami anak beranak......mungkin hari itu merupakan hari terakhir Cik Jija menjamu di situ. Selepas ni saja-saja nak datang menjamu selera di sini memang agak sukar agaknya. Bawa la Cik Keena dari Kuala Lumpur merasa masakan di restoran ni sambil menyelam minum air berjumpa Cik Gee Penang kita. Cik Wan Kembang last minute tak dapat ikut serta........Kami makan dan sembang-sembang sepuasnya sampaikan anak-anak kecil dah merengek dan mulai buat hal masing-masing. Dalam hati mereka mungkin berkata apa hal la makcik-makcik ni dengan mak kita sembangkan tak habis-habis.......

Wednesday, February 11, 2009

Salam,
Kek fondant dengan "marble effect" warna pink "jambu"....



Tuesday, February 3, 2009

Kek, kek dan kek.....

Salam,
ha dalam sibuk-sibuk, penat dan terkejar-kejar, hasrat Cik Jija kesampaian juga bila dapat sertai kelas/bengkel hias kek Cikgu Zati di Pekan masa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Puas? Memang puas hati dan berbaloi belajar dengan Cikgu Zati ni. Dengan kesabaran, dengan ramah, dengan ilmu yang dicurahkan oleh Cikgu Zati ni.....haaaaaa berupa bentuk cantik bunga ros Cik Jija. Dia punya concern tu samada kita dapat buat ke tidak memang terpancar pada mukanya, risau kalau student tak faham. Kalau kita senyap lagi dia risau. Memang pengalaman yang menyeronokkan.....entah lah Cikgu Zati tu seronok ke dapat saya jadi student. Iya la kita ni kadang tu "slow" juga tapi berjaya "catch up" juga. Asal tak memeningkan kepala otak Cikgu Zati kira oraitla tu. Makan untuk student sedia terhidang dan istimewa! Nak tahu apa dan kenapa kena pi belajaq dengan dia.....Cik Jija dapat title "Pah Zah"....apa-apa je la.


Kawan-kawan dan kenalan kalau nak menempah kek pada Cik Jija bolehla.



Corat Coret Pembuka Tahun Yang Masih Meletihkan..........

Salam,
Lama Cik Jija tak menjengah-jengah ke laman 'posting' ni, kemaskini cerita. Terlalu banyak cerita dan pengalaman yang berlaku pada Cik Jija dan kesemuanya pantas berlaku.....zuppppp dan zappppp. Tapi yang penting apa pengajaran dan hikmah dibelakangnya .........kita perlu ambil iktibar, muhasabah diri, kita diberi peluang bernafas maka dengan peluang itulah kita rebut untuk menginsafi diri sesungguhnya Allah Maha pengasih Maha penyayang. Kenapa perlu takut memohon keampunan dariNya, kenapa perlu malu meminta belas kasihNya. Allah tidak pernah memalingkan diriNya ketika kita memerlukanNya. Kita inilah yang sentiasa menjauhkan diri, meninggikan diri, meletakkan diri sendiri jauh terasing dari jangkauanNya yang Maha mendengar dan Maha pengampun.

Alhamdulillah dapat juga tukarkan sekolah anak, lega dah satu bab. Yang sulung tu akan bertukar maktab ke Muar (hmmmmmm boleh Cik Jija makan puas-puas mee bandung Muar yang popular tu). Hajatnya nak ke Taiping tak kesampaian, tidak mengapa Nak, mana-mana pun tempat belajar pokok pangkalnya diri kita sahaja yang menjadi penhalang kejayaan sendiri. Sabar, tekad dan usaha.........ingat " kita hampir ke situ".

Jika halangan menduga
Perjalanan Kita
Janganlah Kau putus asa
Kerana aku sentiasa di sisi
Setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ......

Sunday, January 18, 2009

Carrot Cake

I've planned to make this carrot cake quite sometime ago. Finally today after I've bake fruit muffins for my mom and fondant for myself, still I managed my time and baked the carrot cake, it came out and tasted great. I only baked it in half serving so that's why the cake was not that high enough.



Friday, January 16, 2009

Nostalgia Di Hari Raya......"Terima Kasih Cinta"

Salam,
Mahal gambar ni..................harap penyiarannya tidak mendatangkan masalah pada empunya diri.

Terima Kasih Cinta
Untuk Segalanya
Kau berikan lagi
Kesempatan itu
Tak kan terulang lagi
Semua
Kesalahanku
Yang Pernah menyakiti mu.........

Memang lah lagu ni tengah malatop, bait-bait kata yang sungguh puitis dan mendalam......
Sebab cinta kita memberi peluang
Sebab cinta kita diberi peluang
Dan sebab cinta ada yang ambil peluang.......

Tapi terima kasih Cinta Maha Pencipta kepada HambaNya,
Bukankah DIA Maha Pengasih Maha Menyayang
Kerana Kasih & SayangNya maka kita hamba yang kerdil dan hina ini masih diberi peluang menikmati hidup ini walaupun berkali-kali ingkar kepada suruhanNya. Sementara hayat masih ada sentiasalah berusaha menjadi yang terbaik..........

Thursday, January 15, 2009

Kekawan.....

Salam,
tetiba kawan post mesage kat blog ni....eeee betapa Cik Jija rindu pada kamu semua.....Gee Penang, Cik Nora Kembar Cik Sabi, Cik Sabi RHB, Cik Wan Kembang (tak pernah kembang pun), Madam Lia, Cikgu Murni (bukan cikgu tapi cikgu dalam Labu Labi), Cik Kinah Kici (kecik) .........
Bila kita semua boleh berkumpul dan borak-borak sampai pecah perut. Yang seronoknya kita masing-masing suka mengutuk satu sama lain secara berdepan, lepas tu gelakkan diri sendiri. Mangsanya Cik Wan Kembang Kempis, sebab dia ni memang tak ambil hati, tapi kekadang keluar ayat-ayat "cinta" fuhhhhh boleh tanggal cuping telinga. Yang seronoknya kita tahu batas-batas, tak la sampai menjatuhkan air muka kawan.
Dengar citer Madam Lia nak panjat gunung Kinabalu....dia ni memang adventureres tak padan dengan orangnya kecik tapi tinggi tapi semangat memang besar. Belum datang dia punya blurrrrr, dia ni sekutu ketat Cik Wan, tapi kalau ada Cikgu Murni, memang kaw-kaw la kena gelak. Cik Nora Kembar Cik Sabi RHB ni dulu memang tak boleh berenggang (sekarang terpisah lebih kurang 5-6 kilometer je), memang kembar habis la. Kalau group kami berjalan segerombolan, pasangan inilah yang mendahului kumpulan dari belakang. Memang tertinggal sebab "lenggang kangkung mak limah" dia punya sway tu serentak dan gemalai. Cik Wan & Madam Lia sentiasa menonong ke depan jalan macm langkah seribu nak kejar takut ketinggalan keretapi, macam nak gempa bumila jawabnya. Madam Lia kalau jalan mesti cepat tapi control kepit kaki.....macam itik berlarilah. Cik Jija, Cik Kinah , Gee Penang dengan Cikgu Murni sentiasa di tengah-tengah, pentukang jaga barisan depan dan belakang.
Kami semua ada kesukaan yang sama.....MAKAN, MAKAN DAN MAKAN. Yang tak adilnya bab makan ni, yang paling kecik Madam Lia & Cik Wan yang paling kuat siap doa makan penuh....amin. Lepas sejam dua makan....."hishhhh laparrrr la". Gee kita tak pernah pantang, seronok tengok dia makan.....berpeluh-peluh, tak sedap pun nampak sedap. Cik Nora Kembar Cik Sabi RHB ni makan memang jaga la....takut membesar lagi. Kalau makan banyak atau sikit masing-masing pastikan tak ada yang terlebih atau terkurang, takut ada seorang tu saiz tak balance dah tak boleh pegang title kembar badan. Cik Kinah dan Cikgu Murni belasah je....tapi lepas tu Cikgu kita ni salah makan semput.Cik Jija ni makan memang health concious (konon)....ha...ha.... sebab takut naik badan. Cik Jija ni kalau nak turun, puasa sebulan pun susah nak susut (perumaan la) tapi kalau ada pertandingan naikkan berat badan dalam 2-3 kilo seminggu, rasa-rasa boleh menanglah tak pingat perak, pingat emas pun jadi la. Mesin veteran kot metabolisma menurun tapi tenaga hmmmm kalah kawan-kawan yang lebih muda tu.......
Ok la, duhai kawan-kawan ku......kalau terasa dengan coretan Cik Jija ni......alah skema betul la hang pa....tak kan tak pernah kena kutuk teruk lagi kot. Apa-apa pun YA AMPUNNNNNNN YA. Untuk Gee yang kini di Penang take care, untuk Madam Lia di Kajang you too take care, Cik Sabi RHB we take care......, untuk Cikgu Murni, Cik Nora, Cik Kinah you three have each other to take care.....yang lain-lain tu who cares???? Well mereka masing-masing ada yang cares.